2012-07-02

Alhamdulillah ya Allah

yang membebel j0j0_bdiN@ kire-kire pade 2:21 AM 3 comment Links to this post

Entri ni dah lama dalam draf.. So ni baru nak publish! Sowwi!

...................................................................................................................................................................


Sudah beberapa kali aku cuba mahu melakukan ini. Cuba untuk mengarang semula. Maksud aku mengarang sesuatu mengenai life aku. Hampeh betol rasanya kalau tiba-tiba nak mengarang cerpen mahupun paling teruk novel. Malam ini radio brand Philips yang selama ini aku fikir dah kembali ke Rahmatullah tiba-tiba hidup. Tiba-tiba hidup tu maksud aku bukannya secara angkernya dia hidup sendiri.. Tidak.. Aku yang tiba-tiba nak tekan punat “on” sebagai tanda-tanda mahu mengambil mood.

Berbalik semula kepada kisah life aku. Kadang-kadang aku rasa life aku flow dia terlalu mudah. Nauzubillah aku highlight kan bahawa aku bukanlah tidak bersyukur dengan life aku. Malah aku cukup senang, cukup gembira cukup berpuas hati sangat bersyukur dengan apa yang dilimpahkanNya pada aku.
Pendek kata life aku ni kalau nak diceritakan, dari lahirnya seorang aku sehingga aku begini life aku ni boleh dikira life yang heppi-heppi jela.. Tak ada pun kisah-kisah sedih duka lara mahu pon dugaan besar datang  menghimpap kepala aku. Tak ada.

Pesal tiba-tiba radio Philips aku ni bisu?

Aku ada family yang bahagia. Mak ayah aku jaga aku dengan baik. Pendidikan aku pula tak pernah terabai. Tak pernah lah aku ni bodoh sangat sampai kena tending sekolah. Mungkin  dapat nombor corot itu betul. Aku dapat result yang bagus semasa UPSR, Result yang cemerlang dalam PMR then result yang so, so masa SPM.. Kira pendidikan aku oke. Tak ada yang buat mak bapak aku macam tak mengaku aku ni anak dia. Kira oke la kan. Tapi agak dem jugalah result SPM aku.

Tapi kira Alhamdulillah la last-last layak jugak lah aku masuk Politeknik walaupun result SPM aku so-so jek. Alhamdulillah la kan.. Lepas tu aku masuk Politeknik. Ambik pula kos Seni Bina. Orang kata kos Arkitek ni memang mencabar. Dia punya tercabar tu tahap-tahap orang kuat iman jek boleh lepas. Dia macam orang yang nak jadi Ustaz, orang yang kemahuannya tinggi, tak mudah putus asa kalau lambat hafal Al-Quran boleh give up, kena kuat iman, tetap pendirian.. Kos Arkitek ni dia macam tu. Tapi Alhamdulillah aku dapat habiskan dengan keputusan yang baik.

Lepas dah dapat Diploma kos Arkitek ni maka Alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak kerja kat kampeni arkitek. Walaupun sebelum tu macam-macam kerja aku buat. Jadi kerani pernah, jadi cikgu pernah, jadi crew kat restoran KFC pon pernah. Tapi last sekali sekarang aku dapat pon kerja kat kampeni Arkitek. Walaupon kampeni aku nih stok-stok kena carut jek datang pagi-pagi. Skema nak meninggal lah kerja kat situ. Peraturan sekolah asrama pon kalah kate ko! Tapi sampai sekarang pon bekerja di situ, so Alhamdulillah la..

Tak, motipnya sekarang bukan lah aku nak Allah tu duga aku ke apa. Macam orang tak bersyukur ke ape kan.. Aku bersyukur sangat kepada Allah. Tapi, apa yang cuba nak sampaikan kat sini, kenapa dugaan-dugaan bercinta tak pernah datang kat aku. Kan..

Nak la jugak rasa rindu-rinduan jadik kenangan ke, macam citer Ombak Rindu ke.. Asal tengok citer romantic jek mula la aku jadik panas baran.. Tah la kan.. Tah bila la Allah tu nak bagi dugaan tu kat aku. Oh Allah, I miss You, and him…. Hantar la dia cepat-cepat.

just spot the Mr. Crush then shhhhhhh!
Sape bocor rahsia aku hempuk ngan reket badminton!
Ingat!

"I know that you're tired of waiting, and you may have to wait a little while more, but she's on he way, Ted. And she's getting here as fast as she can." - Stella 




2012-06-29

Hai, aku rindu kamu semua!

yang membebel j0j0_bdiN@ kire-kire pade 1:55 AM 0 comment Links to this post
Duh.. aku tak tau dah nak berblogging pasal ape. Banyak benda nak dikisahkan kat sini. Tapi langsung tak berkesempatan. Tah ada yang jenguk atau tak sebaik saja entri ni dipublishkan. Kalau ade yang baca bolehlah komen sedas dua tinggalkan kesan tapak kaki ye dak? Kalau tak nak tu diam-diam jela.


Jap aku nak baca balik 2-3 entri sebelum ni. Tah apa benda yang aku tulis pon aku tak tahu. 

Oh, semuanya pasal gambar.. Pasal wordless wednesday bagai. Tapi entri pasal Jadual Harian tu betul-betul bikin aku malu. Kemain jadah aku taip entri karang baik punya pasal apa aku nak buat sehari-hari. Plan untuk memanjukan diri konon. FYI, semua yang aku tulis tu langsung aku tak buat. Diulang sekali lagi - LANGSUNG AKU TAK BUAT. Malu betul. Ah malas la aku nak cakap pasal benda ni. 

Kalau tengok balik wordless wednesday paling latest kat bawah ni semuanya gambar yang mencerita atau menggambarkan betapa penatnya aku. Yeah, life aku dari entri wordless wednesday yang bertarikh 15hb Feb 2012 (wow, lamanya!) sampai sekarang masih dalam keadaan penat.. Sick and tired of everything. Life hari-hari aku semuanya routine yang sama. 6.30 pagi aku bangun tidur, terus mandi, solat subuh, gosok baju, bersiap, then sama ada sarapan kat rumah atau kat cafe office then punch card sebelum pukul 8.30 pagi. Then 8.30pagi samapi 9.30 malam adalah waktu bekerja aku. (pasal ni banyak benda nak huraikan kenapa sampai 9.30 malam) Then balik kerja sampai rumah dalam pukul 10.00, mandi solat isyak layan how i met your mother or facebooking/twittering then kalau dah ngantuk tido. Selalunya pukul12.00 dah ngantuk nak tidur. Bapak bosan idup aku.

Hari-hari kena OT.. fuhh..

Ujung bulan kena submit Borang OT nih.

Ah, bosan benar cerita pasal life.

Then, kalau scroll bawah lagi ada entri wordless wednesday 8 Feb 2012. Ada gambar duit kat situ. Siap ada buku ASB lagi. Wah, kemain lagi tayang duit. Nak buat apa duit tu? Ha..

Sebenarnya Alhamdulillah 22 Mei sampai 2 Jun hari tu aku selamat menunaikan umrah buat pertama kali dalam hidup aku. Dan aku berdoa pada Allah moga-moga Allah panggil lagi aku dan murahkan lagi rezeki aku untuk ke Tanah Haram dan bumi Anbiya' itu  lagi. Trust me, pergi sana adalah sebuah pengalaman paling berharga yang pernah aku alami. Syukur sangat pada Allah.

Kat kedai kurma kat Madinah.

Naik Jabal Nur untuk pergi ke Gua Hira'
Experience yang paling tak dapat lupakan.

Ada masa Insyallah aku cerita. Tak ada masa. Tu jek problem dia.

Lepas tu kalau scroll lagi gambar komputer baru. Yea, tujuan aku beli pc baru ni kononnya nak belajar 3d. Sampai sekarang tak belajar-belajar. Entah la. Mungkin aku dah tak ada semangat or ah lantak la. Yang penting pc ni jadi tempat aku tengok How I Met Your Mother hari-hari. Plus main internet jela. Haisy.. Ape nak jadi la ngan aku.. 

The most favorite series ever. How I Met Your Mother.
"I hope that I can get another 4 favorite person in my life just like them.."
  
K la.. Akhirnya aku update gak blog ni.

Thanks la kepada sesapa yang still jengok blog ni. The truth is, aku rindu zaman aktif berblog ni. Tapi maybe masa kurang mengizinkan. 

So follow jugak instagram aku. Hari-hari update gambo! Oho! Just search jojobdina


2012-02-15

Wordly and less Wednesday - [150212]

yang membebel j0j0_bdiN@ kire-kire pade 9:15 PM 1 comment Links to this post

2012-02-08

Wordless Wednesday [0802120]

yang membebel j0j0_bdiN@ kire-kire pade 6:58 PM 0 comment Links to this post




Psst: Ko mampu buat Wordless Wednesday 2 kali sehari..? Mampoo?

Wordless Wednesday [080212]

yang membebel j0j0_bdiN@ kire-kire pade 9:46 AM 0 comment Links to this post
 


Psst: Bacalah entri sebelum ni. Ternyata kau nanti jealous.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG j0j0_bdiNa Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez