Pernah tak kamu telefon stesen radio ataupun stesen tv? Susah bukan nak tembus talian. Lagi-lagi la kalau telefon tu sebab nak masuk peraduan ataupun nak bagi ucapan. Memang payah.
Hari-hari kalau tak dengar radio memang tak sah. Kalau dulu, sehari tak dengar suara Din Beramboi memang tak lalu nak berak. Makan la banyak mana pisang atau 'papaya' pun. Nak Din Beramboi juga. Tapi sekarang dah boleh selepas menjalani beberapa latihan. Al-Fatihah untuk beliau.
[Jap, nak tanya.. Mana ye nak dapat Album Sawancara Din Beramboi? Cari kat kedai Speedy tak pernah jumpa.. Sedih.]
Sekarang ni bersepah-sepah stesen radio buat peraduan. Semuanya nak kena telefon. Apa, pakai faks tak boleh ke? Yelah, kalau pakai faks mesti tak ramai nak masuk sebab bukan semua orang ade faks. Kat 'ofis' je ada. Zon Masyuk la, Peraduan Paling Senang Menang di Radio la.. Senang ape, nak tembus talian punya la payah. Sekali aku datang stesen radio tu, on the spot jawab depan konti baru mereka tau. Ingat aku tak nak Iphone tu? Nak ye!
Kalau kat stesen tv pulak, kes nak tanya soalan pada panel jemputan. Yela, hari tu tengok Semanis Kurma, teringin juga nak tanya Sosilawati best ke suami baru beliau. Memang payah nak dapat tanya soalan kat tv. Semua bergantung pada 'right time' dan nasib. Best dapat telefon kat tv sebab nama boleh keluar time pemanggil bercakap. Jadila, dapat keluar nama kat tv pon rasa nak buat pulut kuning je.
Tapi, semalam aku berjaya!
Yes, I did it!
Bangga gila kot!
Nak dijadikan cerita, semalam macam biasalah. Aku akan tercongok depan tv sebab nak tengok drama pasal 'para isteri yang sedang terdesak'. Dari dulu suka sangat tengok Desperate Housewives. Jadi drama tu pukul 10.30pm dan habis pukul 11.30pm kat 8TV. Lepas drama Desperate Housewives, 8TV Quickie pon bersiaran. Ape lagi aku start ambik nombor telefon dan 'call'. Hos malam tadi adalah Julie Woon dan Megan. Aku call, tapi line macam biasalah.. Stesen tv.. Busy..
Aku pun redial tanpa henti sambil tutup tv dan masuk bilik baring atas katil. Sambil tu aku terus redial. Dalam suasana bilik yang gelap aku terus panjatkan doa mintak-mintak semua orang tak tengok 8TV masa tu, biar aku sorang jek dapat telefon. Memang hampir 50 kali la aku redial. Ada 2 kali line dapat masuk, tapi tak diangkat. Memang kadar carutan jadi bertubi-tubi. Dan akhirnya setelah banyak kali redial dan setelah 2 kali dapat tapi tak diangkat dan kali ketiga line dapat tembus dan dengar ada suara perempuan lain berkata. Suaranya tu berbunyi 'real'. Tak sama dengan yang jawab sebanyak kurang lebih 50 kali tadi.
HELLO, THIS IS 8TV QUICKIE.. WHO'S ON THE LINE RITE NOW..
-I'm XXXXXX from Klang. [*padahal kat Ulu Klang]
OKEY, YOU CALLIN' FOR WUT?
-Ha? I'm callin' for 8tv Quickie la.. [*nada blur..]
OKEY, DO YOU HAVE CALLING US BEFORE THIS?
-No.
OK, GOOD!
[*Lepas ni kalau batak nak call lagi, cakap jek belom pernah..]
Lepas tu perempuan tu kata ada guest iaitu BeautifulNara.com on air. Dan dia kata kenal tak beliau itu. Aku dengan rasa exited tapi dikawal-kawal jawab "Kenal" dengan tenang. Padahal nak menjerit sebab berkemungkinan aku boleh bercakap dengan Abang Nara. Bukak tv balik, OMG! Memang Abang Nara!
So, aku kena tanya beliau satu soalan. Dan aku memang menggelupur tak tau nak tanya soalan apa. Last-last aku tanya je dalam bahasa kebangsaan soalan berbunyi begini.
"Macam mana ye, boleh banyak dapat cerita pasal artis?"
Julie Woon: I like this question!
Abang Nara: Terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih kepada pembaca setia Beautifulnara.com dan tanpa mereka Beutifulnara tak kan jadi sperti hari ini.
[*Suka!]
Serius, memang gedik gila. Tak sabar sebenarnya nak dapat hadiah. Sebenarnya tak tau pun dapat hadiah apa. Fokus dekat telefon saje. Mintak-mintak diorang call balik cepat cakap nak hantar hadiah!.
Seronok!
Psst: Sebenarnya dah try telefon 8TV Quickie dari minggu lepas~






















































