2011-01-29

6 Progresif @ High School Klang

yang membebel j0j0_bdiN@ kire-kire pade 12:42 AM
Hai kawan-kawan! Sihat? Kalau sihat Alhamdulillah.. Kalau tak sihat. Just kuat dan jangan layan rasa sakit kamu tu. Do something yang dapat lupakan rasa sakit kamu tu contohnya tidur.

Aku? Fine, hari ni sangat tak sihat. Gue sakit perut lalu cirit birit dan ada pakej muntah-muntah. Oh, ianya tak ada kena mengena langsung dengan pekej bayi dalam kandungan. Macam biasa hari Jumaat dan esok Sabtu aku kerja. Hari ni kerja dengan penuh rasa sengsara. Tapi nasib baik ada beberapa hiburan kat ofis baru aku ni membuatkan aku boleh berhibur dan lupakan perut aku yang buat hal.


Time tengah meredhoi 'stuck' kat Taman Melawati semata-mata nak cari u-turn.

Hari ni which is hari Jumaat tadi, memang hari yang agak suck jugek. Dengan haram jadah aku lambat datang ofis pukul 10 lebey baru sampai. Benda harem ni suma jadi gara-gara pasukan luba basikal nak lalu. Memang haram jadah hamsap gila. Bayangkan pukul 8.30 a.m. aku dah keluar rumah nak ke ofis yang sebenarnya 10 minit jek masa perjalanan.Tapi bila dah keluar naik MRR2 pastu nak u-turn kat Giant Ulu Klang tu nak ke Zoo, jalan suma tutup der. Memang rasa nak tangan-tangankan jek brader polis dan brader rela sebagai pelepas amarah yang terbuku didada I nih. Paling hampeh aku sampai dah ke Taman Melati dah nak cari u-turn. Last-last redo jela stuck in jam kat Taman Melawati siap lambai-lambai pasukan berbasikal itiew.


Cemane nak rotate gambo? Tetiba dungu plak pasal blog.

So lupakan pasal hari 'yang suck' berbalik pada tajuk di atas.


Korang pernah tengok drama 6 Progresif tak kat TV9? Drama ni baru jek main. Aku memang eksaited nak tengok tapi dek kerana kekangan kerja yang berlarutan memang membuatkan aku terlepas nak tengok drama ni. Bukan apa, just sebab Zaharil Adzim jek uolls. Drama ni setiap hari Khamis jam 9.30 malam ke 9.00 malam aku tak sure. Gi lah ko jengok surat khabar hari khamis bahagian intisari rancangan yek.


Bercinta dengan Shira Ayob katenya kan.

Tapi Khamis hari tu sempat lah jugak aku tengok drama ni. Itupun tak tahu hujung pangkal tros jek mata tak lepas tengok zahiril Adzim yang aku rasa cam dah tua nak berlakon watak bebudak sekolah. Nasib watak budak sekolah tu form 6, dibuatnya watak form 1 tak ke cam konfius penonton. Pehal budak form 1 ni macam cepat sangat baligh gayanya. Kan?

Cerita pasal form 6 dan drama 6 progresif ni, masa aku tertengok drama ni 1 benda yang buat aku lagi eksaited. Diorang shoot drama ni kat High School Klang rupanya. Which is aku pernah sekolah kat situ. Form 6. Okey fine, just 2 weeks jek sempat jadik student lower 6 kat situ. Kalau di kenang-kenang kenang masa 2 minggu tu memang memacam benda baru jadi kat aku.

Klau sesape yang tak tahu sebenarnya High School Klang ni 'sekolah bebudak laki'. Memang tak ada perempuan kat sekolah tu melainkan form 6. Jadi kat sekolah tu memang sangat sikit golongan perempuan. So, first time aku melangkah nak daftar kat sekolah tu memang nak keluar kereta agak sangat gerun sebab I kan 'pemalu'. Hikhik!. Bila keluar kereta memang terasa diri ini sangat hot walaupun hakikatnya tidak noks!

Lepas tu aku pun dah daftar semua memang dah officially dah jadi student kat situ aku pun kena masuk dewan yang mana masa tu semua bebudak lower six tengah orentasi baru masuk sekolah. Aku masuk sehari lambat kot sebab aku bukan budak sekolah menengah yang berdekatan yang mana sekolah lama sendiri dah ofer nak masuk lower six kat sekolah mana. Aku pun terpaksa sekolah High School Klang sebab aku dapat course Pure Science yang mana kat STK [Sekolah Tinggi Klang] jek ada pure Science yang paling dekat. [Tapi kalau boleh aku tak nak amik Bio jadah sebab susah siut..]

Bila masuk dewan yang suma bebudak baru tengah orentasi memang macam batak gila. Sebab aku dulu sekolah asrama. Dah sekolah asrama, agama plak tu. Memang batak la kan jumpa laki boleh duduk rapat-rapat macam nothing jek, pastu ada plak Cina, India. Sebab dulu sekolah SMKA, jumpa melayu jek. Pastu, jumpa gak kengkawan lama sekolah rendah dulu. Memang macam best gak lah.

Aku walaupun 5 tahun sekolah duduk asrama, tak pernah aku hadap minggu orentasi. Jadi AJK Orentasi pernah lah. So, aku kat STK tu kalau orang lain tak suka Minggu Orentasi, aku plak suka tambah pekej enjoy habis. Mau tak, masa orentasi tu bebudak upper six buat tema 'semut'. Pastu soh kitorang bebudak lower six buat costum 'semut' pakai masa kat sekolah guna manilakad bagai. Ko bayangkan syaratnya, seminggu tu ko kena pakai jek baju 'semot' ko asal ada jek kat kawasan sekolah. Maknanya, ko g kantin ke, berak ke, bilik pengetua ke, memang kena pakai baju 'semut' tu. Memang sengal perangai bebudak upper six tu nak mendajal. Motip: Contohilah semangat rajin dan cekal si semut. WTH? Tapi aku enjoy jek pakai baju semut tu. Siap buat lelawa lagi kau. Ada crown, ada sesungut bagai. Kau mampoo?

Masa minggu orentasi tu memacam aktiviti la. Yang bosan-bosan bila cikgu terang pasal subjek-subjek. Pengetua plak bentangkan dia punya analisis PPD pasal betapa cemerlangnya STK tersebut dan pelbagai ceramah-ceramah mood bosan yang lain. Yang best-best plak bila aktivit berkumpulan buat persembahan sambil pakai baju semut yang haram ditanggal. Bayangkan atas pentas berlakon drama anakku sazali tapi costum semut? Haisy..

Orentasi, tak sah kalau tak de part amik tanda tangan. Nak amik tanda tangan cikgu kena bagi gula-gula. Cikgu plak ade yang mood-mood mendajal nak bagi sign kat budak yang ada gula-gula or cokelat yang best jek. Yang gula-gula stok 5 sen tu jangan haraplah cikgu tu nak mengaku yang nama yang ko tunjuk tu nama dia. Yang senior upper six plak lagi hamsap, nak bagi sign kena la buat memacam. Menyanyi lah, kejadah-kejadah yang selalu senior-senior 1 malaysia buat. Memang kecoh bangunan form 6 bila upacara mintak sign berlangsung.

Ha, itulah perngalam selama 2 minggu kat situ. Bab-bab dah habis orentasi masuk kelas ngadap buku Bio malas aku nak cerita. Aku bukan minat Bio pon. Tu yang aku lari masuk Poli. Kalau ikot drama 6 Progresif tu mana la ada kelas 6 Progresif bagai. Kalau ada kelas dia nama macam 6 Bawah 1 ke, aku pun lupa. Selalu orang sekitar-sekitar situ panggil sekolah STK tu 'Sekolah Tepi Kubur'. Sebab sekolah tu memang sebelah kubur cina. Dah lah sekolah tu ada asrama. Tapi asrama laki la. Mesti Hantu Cina slalu kacau.


Nanti tengok kat tv sama tak lencana yang Zahiril Adzim pakai..

Hehe, bila tengok Drama 6 Progresif tu baru la tekenang sekolah 2 minggu aku tu. Sekolah tu tak adalah lawa sangat sebenarnya. Pelik aku pesal diorang buat shooting kat situ. K la tengoklah drama 6 Progresif kat TV9 yek!


Tak de la lawo sangat sekolah ni. [Gambo pelakon-pelakon tambahan ye..]

Psst: Nak baik sakit perut cirit birit makanlah Pil Chi Kit Tek Aun.. Aku dah baik dah ni.

Kredit pic: FB 6 Progresif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG j0j0_bdiNa Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez