2011-01-17

Kalau rumah tak ade air nak buat apa?

yang membebel j0j0_bdiN@ kire-kire pade 12:53 AM
Ha, kalau la rumah kamu tak ada air akibat pelbagai permasalahan seperti:-
  • Kau atau teman-teman atau ahli rumah kau tak reti bayar bil air.
  • Pihak berkuasa tempatan sedang baik pulih sistem bekalan air rumah kau orang.
  • Kau tak tahu pun sebenarnya paip bawah tanah bocor dan air tak boleh sampai ke sistem bekalan air rumah kau orang.
  • Atau sebab-sebab umum yang tak dikenal pasti. Tu pun sebab kau tak mahu ambil peduli.

Ha, ce citer, ce citer apa tindakan kau kalau kes bekalan air ni tak ada.

Macam yang tak bayor bil tu paham-paham lah kome nak pergi post opis lalu jenoh nak membayor bil ayor ghomah kome tu. Tapi kalo yang kes naya ayor tu tetibe kome bukok paip, udah mandang [tak de] ayor nye. Apekehey? Tengok-tengok satu blok bisin asey ghomoh deme mandang ayor. Ai jenoh!

Macam teman.. Eh, macam aku la kes nye dah 2 hari ni. Rumah opah aku tak ade air. Serius **it sangat tak selesa. Nak beristinjak, nak mandi wajib apatah lagi. Memang urggh! Sian opah aku nak berhadas kecil kategori besar punya sangat risau sebab jumlah air yang banyak amat diperlukan.


Ha, beratur ke berebut janji kau mampu beristinjak dengan sempurna.

Aku ingat hari Ahad sebenarnya nak mengisytiharkan hari rehat sedunia. Tapi alih-alih terpaksa angkat air dari bawah ke atas. Atas yang sampai tingkat 5 kau! Mampu tak mampu memang amat terpaksa mengisytiharkan hari rehat sedunia kepada hari wanita gagah! Pitam.


Kau mampu angkut air sampai tingkat 5?

Tapi, tetiba aku dah rasa macam tak sanggup kan. Otak aku plak fikir nak balik Klang umah mak aku. Tapi penat kot nak balik Klang. Esok dah Isnin nak kerja. Kejadah nak balik Klang sehari jek. Tetiba aku teringat rakan-rakan yang selalu kuajaktengokwayang. Ape kejadah guna diorang sekadar rakan seperjuangan tengok wayang di wangsa walk dan juga dimana-mana kalau dapat tiket wayang free?

Maka masalah aku dah selesai. Bawak semua baju nak pergi kerja, tuala, spender bersetkan bra, panti liner, shampoo sunsilk sebab nak shampoo rambut puas-puas, facial foam, berus gigi, dan bantal spiderman saya maka saya bermalam di:


Tangga ni? Ko gila apa?
Mahallah mana aku takmo kasi tahu. Kang ade pakgad uia cari kang.


Begitulah caranya aku mengatasi masalah yang membelenggu benak otak aku dari semalam. Maka esok aku kompem-kompem wangi ke tempat kerja.

Psst: Aku baru tukar tempat kerja!





1 comment:

Si gadis bunga on January 17, 2011 3:31 PM said...

Wah! UIA jadi penyelamat!
bangga sekejap ;)

sekarang kerja mana plak jojo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG j0j0_bdiNa Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez