2011-05-20

Day 02- 3 adjectives that describe you

yang membebel j0j0_bdiN@ kire-kire pade 9:52 AM
Okey, dah hari kedua! Tahniah Jojo kerana anda berjaya ikut nasihat para ustazah supaya sentiasa istiqamah dalam melakukan apa jua kerja dan kerjaya seperti kerjaya sebagai part time blogger ya. Tahniah sekali lagi buat diri sendiri.

Sebenarnya selain task hari kedua ni ada benda lain nak citer. Tapi tengok la mood aku nanti nak taip citer ni ke tak. Ce kome cakap "Ce cite, ce cite.."

Hah nanti la aku citer..

3 kata sifat yang dapat mendiskraib aku ye.. 3 jela kan.. Nasib baik tak banyak..

Independent.
Serius, dalam banyak-banyak benda. Perkataan 'independent' ni paling tepat kalau nak citer pasal aku la kan. Ini memang aku nak ngaku sendiri tak yah nak cakap betul ke aku ni independent ke tak kan. Aku memang dah biasa hidup independent. Tak biasa harapkan orang lain untuk kehendak diri sendiri. Aku tak suka nak buat satu perkara kena mintak tolong orang, kena gedik-gedik kat orang. Memang tak la kan.

Aku boleh hidup, pergi mana-mana, buat sesuatu benda sensorang. Tak payah kena tunggu orang, mintak tolong orang o bla-bla-bla.. Kalau aku tak ada kawan nak makan, aku boleh duduk sensorang then makan. Kalau aku nak tengok wayang tapi tak de member nak tengok sensame memang aku boleh boli 1 tiket dan tengok sensorang.

Kengkadang aku rasa aku ni terlalu 'kuat' ke sampai aku boleh se'independent' macam ni. Tapi, kalau aku dah tak mampu sangat aku hanya mampu nak menyusahkan mak ayah aku jela.. Tu pun macam segan dan berat.


Lagu ni aku tujukan untuk aku sendiri..

Pemalu
Amat serius jugak la pemalu aku ni. Lagi-lagi dengan lelaki. Memang jadi kucing jap aku. Kalau dengan jantan tah memane ni aku tak kan tegur la. Lagi-lagi yang hensem memang segan siut nak 'flirting' sesikit. Tapi 'once' dah stat bercakap dah start la perangai 'bajet peramah' aku keluar. Padahal dalam hati cakap, "cover weh, cover.."


Tapi benda ni jadi kat lelaki la.. Kat perempuan even dengan strangers pun tetiba boleh borak pasal "hujan kan hari ni makcik.. Nak demam rasanya.." pastu makcik tu pun balas..

"Kamu berdoalah pada Tuhan.. semoga kamu tak demam.."

"Ok."

Penyabar
Aku ni susah nak marah orang. Susah la. Sakitkanlah ati aku cemane pon. Aku ngumpat kau kejap lepas tu teros okey macam tak ade ape. Kekadang tu pun nak marah pun tak jadi sebab tak marah pon, bebuat marah jek. Padahal tak rasa apa pun. Sweetnye aku. Kan!

Tapi aku ni cepat kecik hati, cepat nak nangis. Bila dah nangis kejap dalam keta sementara tunggu beratur drive thru McD, lepas cakap kat mesin order tu terus oke tak boleh nak nangis balik. Dah lupa. Pastu rasa cam tak puas nak nangis lagi tak boleh. Hmm.. gasak la..


Mungkin aku nampak dia ni kot tadi..

Oke lah.. Dah la tu.. dah cukup 3. Esok ada lagi task tajuk lain.

Psst: Eh, tadi aku kata ada benda nak citer. Tapi takpe lah. Since aku dah nangis kejap masa beratur kat drive thru McD tadi rasa macam dah tak stim nak citer. Babai lah.



1 comment:

UHal on July 15, 2011 at 5:36 PM said...

Hi,

FYI, We are launching MyKouponz - Discount Deals App for Android and iPhone.

With MyKouponz, now you can BUY / SHARE / MANAGE your favorite discount coupons from the

comfort of your palm.
The good news, it's FREE.

Feel free to download and try it. Let us know your feedback or if you face any issue :-)

Download here -
iPhone App Store :
http://itunes.apple.com/my/app/mykouponz/id435285141?mt=8

Android Market:
https://market.android.com/details?id=com.quantumbeez.android.mykouponz

Website :
http://www.mykouponz.com

'Like' Us on Facebook :
http://www.facebook.com/ILikeMyKouponz

Follow Us on Twitter :
@mykouponz

Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG j0j0_bdiNa Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez